Wednesday, October 13, 2010

AKU + MEREKA

detik demi detik, waktu begitu mencemburui aku. begitu seketika aku merasakan berada di tanah perak ni. dulu sewaktu aku ditawarkan menyambung pelajaran di semester ke 7 (repeat) aku merasakan begitu tertekan dek kerana sudah bosan dan lali untuk berada disini sekali lagi dan juga tanpa teman2 rapat disisi.

namun sekarang ianya bagaikan terbalik. aku merasakan cukup sayang untuk meninggalkan tempat ini. bukan dengan alasan tempat ini sangat selesa untuk diduduki tetapi aku cukup sayang untuk berpisah dengan adik2 aku (house8 terpilih sahaja).

hubungan kami dikatakan rapat sewaktu aku berada di semester terakhir. begitu banyak memory indah kami cipta bersama. walaupun masih diawal perkenalan, namun ianya bagai sudah ada chemistry antara kami.

ah, aku begitu asyik melayan perasaan aku ni. tapi tak mengapa, seperti kata orang life must be go on.

pengalaman tinggal 1 rumah dengan adik2 ni, cukup mengajar aku erti masam manis kehidupan. suka duka, tawa ria, semua aku sudah lalui bersama2. apa yang aku harapkan agar ikatan silaturahim antara kami semua akan sentiasa utuh dan padu.

bhume says: i love u korang~

2 comments: