Wednesday, October 13, 2010

AKU + MEREKA

detik demi detik, waktu begitu mencemburui aku. begitu seketika aku merasakan berada di tanah perak ni. dulu sewaktu aku ditawarkan menyambung pelajaran di semester ke 7 (repeat) aku merasakan begitu tertekan dek kerana sudah bosan dan lali untuk berada disini sekali lagi dan juga tanpa teman2 rapat disisi.

namun sekarang ianya bagaikan terbalik. aku merasakan cukup sayang untuk meninggalkan tempat ini. bukan dengan alasan tempat ini sangat selesa untuk diduduki tetapi aku cukup sayang untuk berpisah dengan adik2 aku (house8 terpilih sahaja).

hubungan kami dikatakan rapat sewaktu aku berada di semester terakhir. begitu banyak memory indah kami cipta bersama. walaupun masih diawal perkenalan, namun ianya bagai sudah ada chemistry antara kami.

ah, aku begitu asyik melayan perasaan aku ni. tapi tak mengapa, seperti kata orang life must be go on.

pengalaman tinggal 1 rumah dengan adik2 ni, cukup mengajar aku erti masam manis kehidupan. suka duka, tawa ria, semua aku sudah lalui bersama2. apa yang aku harapkan agar ikatan silaturahim antara kami semua akan sentiasa utuh dan padu.

bhume says: i love u korang~

Friday, September 10, 2010

HARI-HARI RAYA

assalamualaikum kepada semua followers (nada bangga) SALAM AIDILFITRI aku ucapkan. hahahah~ hari raya telah kembali menggantikan bulan penuh keberkatan iaitu bulan ramadhan al mubaraq. bila di flash back balik la, aku merasakan begitu tidak menghargai bulan keberkatan itu. sebab utamanya ialah:
  • facebook?
  • tidur
  • assignment
  • television?
  • keluar jalan2
  • dll
yaa, itulah dia antaranya. hahahaha~ gilakan? nvm la korang ramadhan da lepas. lagipun aku bersyukur kerana berpuasa penuh 29 hari ok!!!!(mengikut kalendar china) ok kita story pasal raya lak.



gambar kiut diatas menunjukkan international model kacukan arab2, iaitu aku sendiri sedang posing ala2 kadar kerana ingin mempromosi collection terbaru oleh BHUME by BHUME RIZKHI (feeling lebih lak). THE SPLENDOUR OF BAJU MELAYU adalah tema yang diberikan untuk koleksi SUMMER/SPRING 2010 ini.(wah lagi feeling. lantak la blog aku). rekaan ini sangat mementingkan ciri2 tradisional yang ada padanya seperti. yang korang dapat lihat pada kolarnya iaitu colar cekak musang. ciri2 ini haruslahkita kekalkan bagi supaya ianya tidak luput dek zaman. tetapi perlu diingatkankan bahawa korang DILARANG UNTUK MENCIPLAK IDEA ASAL REKAAN YANG AGONG INI. hahahahaha~ ini kerana, aku penat2 perah idea yang selama ini aku duk peram2, sketch, bertapa dalam gua semata2 nak dapatkan idea rekaan yang bernas ini tetiba korang senang hati nak tiru?? hahaha~ motif???

bagi pemilihan warna pula, sebab aku memilih warna PURPLE sebagai warna rekaan ini adalah:
  • warna diraja
  • warna buah favorite (buah manggis)
  • nampak bold bila berjalan
  • no 1 kat billboard cart kot.
  • up2date la bai.

jika pandangan anda sehebat CYCLOPS dalam cerita X-MEN, cuba teka apa yang membuatkan rekaan ini tampak extra ordinary??? haaaa, sah2 la kt shoulder kan??? tekaan korang betul dan korang memang bakal mempunyai kuasa tersebut.hahahaha~ ok, tujuan aku menyelitkan benda alah yang di panggil SHOULDER PAD itu adalah:
  • ingin tampil berbeza diantara yang lain
  • nampak megah
  • feeling lady gaga
  • bila cekak pinggang ianya nampak kita ni macam garang
  • sebagi penyangkut bila letak handbag kat bahu
  • gedik je bai
  • ala2 angel wing

so korang apa lagi?? tengok aje lah. dont copy2. trademark aku ok. hahahahaha~ (gelak melampau2).


berikut ada gelagat aku menggaya rekaan yang agong ini. posing sana, posing sini. kesian kat anak buah aku terpaksa melayan karenah abah saudaranya yang gila ini. (kepada anak2 buah yang berada diluar sana, if korang ada abah saudara camni, sepak je bontot dia hahahaha). satu lagi gambar diatas bukan menunjukkan aku tengah bersilat ok.

photoshoot yang maut ini berlokasi di WHITE STUDIO. tema ala2 garden hijau2. daun melingkar2 sebab nak tonjolkan rekaan tersebut.

bhume says: baju je nampak lawa,tapi duit raya dapat ciput jew.
hey orang rumah, aku belum kawin la. bak sini duit raya.

Thursday, September 9, 2010

LEBARAN~



SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


bhume says: byk story terbaru + pic. tnggu, akan aku publish nanti.
hahaha~ masa utk beraya sakan.

Tuesday, August 31, 2010

PENCARIAN BAKAT



sudah hampir separuh semester aku berada di tanah sri iskandar perak ini tujuannya hanyalah dengan 1 matlamat, aku nak lepas etr 300. bila difikir secara logik la, subject ini mungkin ada kaitan dengan course yang aku ambil sekarang iaitu fashion design. btw hari ni aku bukan nak ungkit pasal etr aku yang tidak berkesudahan ini tetapi mahu membincangkan tentang topik identiti aku sebenar. maksud yang aku nak terangkan ialah apa yang ada dalam diri aku yang sebenarnya ini.

setelah 3 tahun melayari bahtera sebagai fashion student, mungkin kini aku layak digelar young fashion designer mungkin?? sebab utamanya ialah mungkin aku sudah mahir untuk melilit figura manusia dengan measure tape ataupun mengunting fabric tanpa rasa gentar??? walaubagaimanapun bagi aku zaman mendrapping kain pada dummy telah berakhir, kini aku merasakan sense of fashion ku semakin berkurangan ataupun mungkin ianya terus hilang dimamah masa. aku juga merasakan bakat seorang fashion designer semakin nipis dalam diri hari demi hari. mungkin korang tidak memahami apa maksud yang tersirat yang ingin aku sampaikan.

'aku bagaikan tergantung, mencari peluang untuk lepaskan diri'

bagi menjelaskan perkara tersebut, aku merasakan aku tidak menghargai bakat aku yang sebenar. as u know, dalam keluarga aku, mostly semuanya pandai menjahit. tetapi hanya aku seorang saja yang diberi peluang yang lebih jauh untuk mendalami ilmu jahitan. sungguh aku tidak sangka bahawa tawaranku kesini benar2 membuta mata dan pintu hatiku.

apabila berakhirnya zaman part 6, aku terbuka hati untuk menilai rekaan yang pernah aku hasilkan. ada yang berpendapat bahawa hasil dari label BHUME RIZKHI ini berjaya, namun jauh disedut hatiku, ianya masih belum mencapai kredibiliti aku yang sebenar. ianya tidak menguji kemahiran aku sebagai designer. adakah aku layak digelar fashion designer??? aku juga terasa iri hati dengan rakan2ku yang berjaya mencapai 1 tahap yang tertinggi, boleh dikatakan lectuter pun sujud la. tapi hasil dari aku??? (termenung aku sejenak)

btw, kini aku sedang mencuba mengasah kembali bakat kurniaan yang diberi kepada aku. mungkin pada waktu ini aku masih mencari2 peluang untuk menonjol kembali. insyaAllah, selesai tugas aku disini, akan ku kembali dan cuba untuk mengubah sesuatu yang biasa kepada yang luarbiasa. mungkin ini sedikit sebanyak dapat aku mengubah nasib keluarga
yang sudah banyak bekorban kepada aku??
bhume says : pemasalahan ini timbul apabila aku melihat kembali
koleksi rekaan sepanjang diploma ini. sadis~

3 TAHUN LEPAS

sejak akhir-akhir ini aku menerima banyak komen2 positif akan penampilan terbaru aku sekarang. dulu aku mungkin nampak agak fashionable?? or fashion victim?? ada aku kisah?? lantaklah sebab aku gial-gila berfesyen kot. (nama pun fashion studentkn??) btw, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada someone ni la bagi aku she is like an angel la dan if dia ada depan mata aku, nak je aku cium2 jew. (melampau sangat perasaan ini bukan??) ini disebabkan dia banyak memberikan aku dorongan, semangat dan harapan untuk aku teruskan kehidupan sebagai hamba Allah dimuka bumi ini. mana tidaknya sebelum ini aku boleh dikategorikan sebagai liar (hampir2 berjiwa binatang)

dulu, sewaktu zaman kegemilangan mean zaman bila kita disanjung, akulah raja sekalian alam. aku dipuja kerna dek penampilan pelik umpama badut. dengan outfit yang entah apa2 dan juga dengan hairstyle aku yang boleh dilabelkan sebagai sewel~ namun bagi aku itu cuma laungan umat2 manusia yang iri hati dengan penampilan pelik aku. apa yang penting aku puas dan juga bebas(walaupun masih lari apabila berjumpa dengan pak guard)

sekarang aku nak kongsikan pengalaman penampilan aku sepanjang 3 tahun ini. (lantak lah apa nak jadi)

semester 1
  • sebaik sahaja sudah mempunyai no matrik sendiri, aku kini bergelar mahasiswa uitm perak. bagi aku tempatnya jauh dari bandar dan suasana agak bosan sedikit. waktu itu aku sangat obses dengan military print. mana tidaknya pada zaman sekolah aku merupakan pasukan elit PASUKAN KEDET BERSATU MALAYSIA (PKBM) berjiwa ala2 askar gua ckp kt lu... setiap hari, aku mengambil masa yang agak lama untuk menyuai padankan segala outfit aku yang berlambak didalam almari. *ingin ditegaskan juga sewaktu itu aku juga meminati gaya dari negara matahari terbit iaitu GOTHIC LOLITA. hampir setiap hari aku akan pastikan setiap outfit yang disarung haruslah berbeza dengan rakan2 yang lain. seiring dengan itu aku juga meminati skull print dan check board black and white. boleh dikatakan dari kepala hingga ke kaki semua motif yang sama. berani matikan?? dulu sewaktu aku lunch di uptown (student uitm perak mesti tahu tempat ni) ada la a few of student mencarut aku. aku tanpa segan silu sound balik "kau mampu pakai macam aku??? pergi mamposs la wahai manusia bodoh"!!!!!!(mana xkena carutnya start dari payung, tie, belt, beg and kasut, semua bermotifkan skull print. amazing bukan??)
semester 2
  • obses aku terhadap gothic lolita mahupun military print sudah berakhir. kini aku kembali dengan penampilan terbaru iaitu EMO. hahaha~ aku suka imej ini sejak berkenalan dengan someone ini la. dia mengajar aku banyak tentang how 2 dress up like a budak emo. rona hitam dan merah menjadi kesukaan aku pada waktu itu disamping pemakaian eyeliner dibawah mata dan juga pewarna kuku hitam mati adalah perkara wajib dilakukan sewaktu mahu keluar dari blik.
  • selain dari segi pemakaian, aku juga buat sesuatu yang agak berani mati bagi geng2 emo la iaitu aku shave rambut aku just like hairstyle NAKATA apa ntah nama panajang dia. semua budak2 kelas aku agak terkejut namun feedback yang positip aku terima. lagipun shape muka aku agak sesuai jika botak.
semester 3
  • kini aku aku kembali dengan penampilan terbaru. hahahaha~ toronto style la. berinspirasikan dari guys2 yang pergi ke gigs. amzing, sempoi habis. cukup dengan celana skinny lusuh, baseball tee, vest, scarf, over-sized beg, topi ala2 ne-yo. penampilan ini bagia ku nampak ringkas dan selesa dipakai kekelas. lecturer pun tak bising bila tengok (lecturer AD sahaja)
  • rambut pula, aku potong kasi mohawk dan juga sedikit highlight untuk tampil berbeza dengan yang lain2.
semester 4
  • semester ini aku busy gila~ tiada masa nak tetapkan gaya apa yang sesuai untuk dipakai. cukup sekadar capai mana yang ada then pakai ini kerana sem ini hidup aku dipenuhi dengan kelas. arghhhh~ (i want my life back~) btw, baru aku perasan bahawa untuk semester ini aku kelihatan gemar mengumpulkan tee bermotifkan pop art.
  • kali ini aku mahu bela rambut. muak melihat kepala ditumbuhi dengan rambut sepanjang 5-6 cm sahaja.
semester 5
  • kini aku bergelar senior. hahahaha~*ketawa iblis. so penampilan aku kali ni agak seperti dulu seperti orang simple is better. cukup dengan skinny dan over-sized tee or kemeja. btw, kini aku sangat jatuh cinta pada barangan vintaj. i really love bag an d shoes. selain dari itu. aku juga meminati dan mengumpul hoodies jacket. its look awesome la.
  • libas sana, libas sini. rambutku depanku mencapai paras hidung. aku dye dengan warna hazelnut. wow!!! it look amazing. mampus la pak guard oi... rambut aku. konfident sudeh. amacam korang mampu???
semester 6
  • untuk semester terakhir ini, penampilan aku agak seperti.... sila rujuk gambar. lagipun waktu ini aku busy dengan final project. skinny hitam dan v-neck tee pun sudah memadai disamping pemakai selipar untuk ke kelas. sumpah simple giler. yang paling penting, beg vintaj. hahahaah~ amazing item yang kini aku miliki. obses habis.
  • pernah tengok rambut RIHANNA dalam video clip RUSSIAN ROULETTE ??? itulah style rambut aku. ramai yang dengki busuk hati dengan aku. mana ke tidaknya, aku xpernah kantoi dengan pak guard. amacam??? terer x aku berselindung??? pepandai la nak hidup bai. janji style tetap maintain. hahahah~ gila x??
semester X
  • ???
bhume says : gambar2 akan diupload nanti ini kerana aku malas lagi nak selongkar album2 zaman aku dulu2 hak~ enjoyed.