Tuesday, August 31, 2010

PENCARIAN BAKAT



sudah hampir separuh semester aku berada di tanah sri iskandar perak ini tujuannya hanyalah dengan 1 matlamat, aku nak lepas etr 300. bila difikir secara logik la, subject ini mungkin ada kaitan dengan course yang aku ambil sekarang iaitu fashion design. btw hari ni aku bukan nak ungkit pasal etr aku yang tidak berkesudahan ini tetapi mahu membincangkan tentang topik identiti aku sebenar. maksud yang aku nak terangkan ialah apa yang ada dalam diri aku yang sebenarnya ini.

setelah 3 tahun melayari bahtera sebagai fashion student, mungkin kini aku layak digelar young fashion designer mungkin?? sebab utamanya ialah mungkin aku sudah mahir untuk melilit figura manusia dengan measure tape ataupun mengunting fabric tanpa rasa gentar??? walaubagaimanapun bagi aku zaman mendrapping kain pada dummy telah berakhir, kini aku merasakan sense of fashion ku semakin berkurangan ataupun mungkin ianya terus hilang dimamah masa. aku juga merasakan bakat seorang fashion designer semakin nipis dalam diri hari demi hari. mungkin korang tidak memahami apa maksud yang tersirat yang ingin aku sampaikan.

'aku bagaikan tergantung, mencari peluang untuk lepaskan diri'

bagi menjelaskan perkara tersebut, aku merasakan aku tidak menghargai bakat aku yang sebenar. as u know, dalam keluarga aku, mostly semuanya pandai menjahit. tetapi hanya aku seorang saja yang diberi peluang yang lebih jauh untuk mendalami ilmu jahitan. sungguh aku tidak sangka bahawa tawaranku kesini benar2 membuta mata dan pintu hatiku.

apabila berakhirnya zaman part 6, aku terbuka hati untuk menilai rekaan yang pernah aku hasilkan. ada yang berpendapat bahawa hasil dari label BHUME RIZKHI ini berjaya, namun jauh disedut hatiku, ianya masih belum mencapai kredibiliti aku yang sebenar. ianya tidak menguji kemahiran aku sebagai designer. adakah aku layak digelar fashion designer??? aku juga terasa iri hati dengan rakan2ku yang berjaya mencapai 1 tahap yang tertinggi, boleh dikatakan lectuter pun sujud la. tapi hasil dari aku??? (termenung aku sejenak)

btw, kini aku sedang mencuba mengasah kembali bakat kurniaan yang diberi kepada aku. mungkin pada waktu ini aku masih mencari2 peluang untuk menonjol kembali. insyaAllah, selesai tugas aku disini, akan ku kembali dan cuba untuk mengubah sesuatu yang biasa kepada yang luarbiasa. mungkin ini sedikit sebanyak dapat aku mengubah nasib keluarga
yang sudah banyak bekorban kepada aku??
bhume says : pemasalahan ini timbul apabila aku melihat kembali
koleksi rekaan sepanjang diploma ini. sadis~

No comments:

Post a Comment