
well as korang semua tahu la kn bahawa sebab aku berada ditanah perak ini adalah kerana tersangkut 1 subject yang bagi aku boleh dikatakan keramat dan amat sukar untuk aku fahami. subject yang special aku maksudkan ialah ETR 300 la. aku pun xtahu nama panjang dia yang aku tahu hanyalah nama singkatannya itu je. mungkin disebabkan sifat acuh tak acuh aku kot yang membuatkan aku ulang paper ni untuk kali ke 3. well amacam? sempoi x sampai kene ulang 3 kali??? bagi aku mungkin ini satu dugaan terbesar bagi aku untuk menghadapinya sekali lagi mana taknye bagi aku subject inilah yang paling aku benci kerana kena banyak membaca. as u know aku ni bukannya ulat buku or orang panggil golongan otakku.
menjadi lumrah dalam kehidupan student macam aku ni untuk menghadiri ke kelas, bagi aku tidak jadi masalah untuk aku ke kelas untuk subject ni. tetapi cabaran utama bagi aku ialah untuk menghadirinya. sebab utama pemasalahan ini ialah untuk semester ke 7 ini, aku sekarang menetap diluar kampus maknanya dirumah sewa. so, adalah menjadi kebiasaan bagi kami untuk tidur dan bangun lewat. jika dulu, semasa menetap dikolej, walau selambat mana sekali pun akan aku cuba untuk kekelas tetapi sekarang adalah sangat berbeza kerana apabila aku terlambat, maka aku mungkin akan ditinggalkan oleh bas yang menjadi pengangkutan utama aku ke kelas. iannya menjadi satu beban bagi aku untuk menapak selama 20-25 minit untuk ke kelas. oleh sebab itu lah aku tidak sempat lagi menghadiri ke kelas ERT300.
pada 18/8/2010, aku bertekad untuk cuba menghadiri diri ke kelas itu, bersama-sama aku untuk menjayakan misi berani mati aku ialah rakan-rakan 1 batch aku yang juga senasib dengan aku, seawal jam pukul 10.00 pagi waktu tempatan, aku dan yang lain2 sudah setengah jam awal tiba masuk ke dalam kelas tersebut dengan hati yang gemuruh bimbang akan nasib yang bakal menimpa kami sebentar nanti. oleh kerana berkat bulan puasa yang mulia ini, kami dibenarkan masuk belajar kembali setelah sekian lama tidak munculkan diri.
dengan peluang terakhir yang diberikan ini, aku berjanji akan pastikan semua rancangan dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa. doa dan sokongan dari teman-teman seperjuangan amat diperlukan untuk aku teruskan pembelajaran yang terakhir untuk diploma ini. perasaan tidak sabar uuntuk tamat mula membuak-buak apabila melihat rakan-rakan yang dahulunya 1 batch kini meniti hari untuk bergelar graduan lepasan diploma. insyaAllah, giliran aku akan tiba walaupun mengambil masa sedikit. ini mungkin disebabkan tuhan mahu aku menghargai apa itu ilmu dan kepentingannya dalam kehidupan untuk masa hadapan kelak.
No comments:
Post a Comment