1stly, salam menyambut bulan ramadhan kepada semua umat islam. bila kita mengira sudah beberapa hari sudah kita melakukan ibadat puasa ini. terasa sekejab sahaja masa itu berlalu meninggalkan kita. puasa aku pada tahun ini boleh dikatakan agak berbeza dengan sebelum, ini kerana pada tahun ini aku berpuasa dirumah sewa yang berlokasi di sidec.
seperti tahun2 puasa yang lepas, puasaku dikatakan agak seronok, ini kerana dikelilingi kawan2 yang sama baya dengan aku. selain itu juga keadaan sekelilingnya yang meriah kala tiba waktu azan bergema. peristiwa ini mengingatkan aku kepada kawan baik aku iaitu shafiq sahak (cha). masih segar lagi dalam ingatan aku sewaktu kami berpuasa bersama2 berbuka pun bersama ditemani oleh teman baik aku jua iaitu shafiq amin (asmah). waktu itu kami bertiga diibaratkan makan pagi kais pagi kais petang makan petang. mana taknya semua sumber kewangan disalurkan untuk membuat asignment. kami pada waktu itu cuma berbuka dengan apa yang ada sahaja atau orang cakap ala kadar. tetapi apa yang penting pada waktu itu ialah kami tetapi bersyukur dengan rahmat yang diberi kerana masih dapat menjamah makanan. satu lagi peristiwa yang menjadi ingatan aku ialah bilik kami juga sentiasa didatangi oleh kawan2 yang sudi berbuka dikamar kami yang terletak di bidara. apa yang boleh digambarkan pada waktu itu ialah ikatan silaturrahim yang utuh membuatkan hubungan kami antara semua menjadi kuat.
pada tahun ini pula pengalaman baru buat aku kerana kini aku menetap dirumah sewa jadi bila waktu berbuka mahupun bersahur, kebanyakkannya kami lebih gemarkan memasak. ianya seperti berada dirumah sendiri takala terbau masakkan yang dimasak. sepanjang bulan puasa ini, banyak perkara yang aku belajar sepanjang dirumah sewa ini. kami berkongsi segalanya suka duka, tawa hilai, semuanya dikongsi itu adalah penyebab hubungan kami menjadi utuh dan erat hari demi hari. aku harap sepanjang bulan puasa ini dapat aku menjalani ibadat ini dengan penuh yakin dan sabar. semoga tuhan menerima ibadat puasaku ini. amin.
with love
-bhume rizkhi-
No comments:
Post a Comment